Pengenalan

Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka atau ringkasnya Akademi DBP merupakan satu bahagian di DBP yang diwujudkan dengan tujuan untuk merangka strategi dan kaedah pelaksanaan program pendidikan sepanjang hayat khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu, sastera dan penerbitan.

            Pusat Pembangunan Keilmuan dan Kemahiran Akademi DBP (PPKKADBP) merupakan pusat latihan kemahiran di bawah kelolaan dan pengurusan Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).