Pusat Pembangunan Keilmuan dan Kemahiran Akademi DBP

Soalan Lazim untuk Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga (SKM 3)

1. Berapakah tempoh pengajian kursus SKM 3?

Tempoh pengajian selama 11 bulan bersamaan 46 minggu.

2. Di manakah kursus ini dijalankan?

Wisma DBP,  @Bangunan Lama DBP. Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

3. Bilakan pengambilan akan diadakan?

Pengambilan baharu bermula pada 15 Februari 2021.

4. Bagaimana hendak mendaftar?

Permohonan baharu sudah dibuka. Boleh memohon dalam talian melalui laman sesawang ppkka.dbp.gov.my atau akademi.dbp.gov.my. Borang permohonan boleh dimuat turun. Borang yang telah diisi dan lengkap boleh dihantar/di-emelkan kepada pegawai yang nama mereka tertera dalam laman sesawang berkenaan.

5. Adakah penginapan disediakan? Berapakah bayarannya?

Pihak Akademi boleh membantu mencari tempat penginapan dengan kadar bayaran RM250.00 sebulan.

6. Adakah dikenakan Yuran Pendaftaran.

Ya.  Yuran pendaftaran RM100.00 perlu dijelaskan semasa mendaftar.

7. Apakah program yang ditawarkan dalam SKM 3?

  • Pembacaan Pruf dan
  • Operasi Penerbitan

8. Adakah Sijil ini diikiraf.

Ya

9. Apakah badan yang mengiktiraf Sijil SKM 3?

  • Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan
  • Dewan Bahasa dan Pustaka

10.  Adakah aktiviti kokurikulum disediakan?

Ya. Ada aktiviti permainan karom, catur. Juga ada kemudahan gimnasium dan gelangang badminton.

11.  Apakah laluan kerjaya SKM 3 bidang editorial?

Bekerja sebagai pembantu penerbitan di sesebuah syarikat penerbitan.

12. Apakah sijil yang akan diterima apabila pelatih tamat mengikuti kursus SKM 3.

Pelatih akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang editorial.

13. Apakah setelah tamat mengikuti SKM 3, ada peluang untuk melanjutkan pelajaran?

Ya, pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma (DKM 4)

14. Apakah kemudahan yang disediakan?

Pelbagai kemudahan terdapat di Pusat Bertauliah Akademi DBP

  • Bilik Kuliah
  • Makmal komputer
  • Perpustakaan dan Bilik Sumber Bacaan
  • Loker Pelajar
  • Bahan Kuliah
  • Masjid
  • Kafetaria

Kemudahan lain.

  • Hanya 15-10 minit berjalan kaki dari stesen LRT Hang Tuan dan Monorel Jalan Maharajalela serta 20 minit dari stesen MRT merdeka
  • Ada kemudahan Bank BSN dan ATM Bank Islam.
  • Kedai Runcit Speed Mart 99 dan gerai makan.
  • Berhampiran dengan pusat bandar